
Selang beberapa hari lagi…RAMADHAN akan pergi meninggalkan kita. Sedih terasa hati kita..namun IA tetap akan berlalu pergi tanpa boleh ditahan oleh sesiapa…Entah dapat atau sebaliknya , kita bertemu dengan RAMADHAN lagi pada tahun hadapan..Hanya ALLAH sahaja yang Maha Tahu segala-galanya.Mudah-mudahan kita berkesempatan bertemu lagi dengan RAMADHAN pada tahun hadapan dan tahun-tahun berikutnya.Insya-Allah.
Semoga RAMADHAN yang akan meninggalkan kita tak lama lagi,telah dapat kita sempurnakan dengan TERBAIK,mengamalkan ibadah-ibadah sunat dengan sepenuhnya…..(menunaikan solat tarawikh,bertadarrus dan menghatam al-Quran,membantu golongan 8 asnaf dan lain-lain ) Semoga RAMADHAN kali ini,Allah akan menerima segala amalan-amalan kita serta memberi kita ganjaran pahala yang berganda dari tahun-tahun sebelumnya….Ameen
Berakhirnya RAMADHAN,bukan bermakna NOKHTAH kepada segala amalan ibadah kita malah usaha ke arah mempertingkatkan amalan ibadah kita mesti diteruskan hingga ke akhir hayat kita..Semoga ALLAH akan senantiasa merahmati segala amalan kita .Sesungguhnya ALLAH senantiasa memerhatikan dan mengawasi gerak geri kita..
” Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Solat lima waktu, solat Jum’at sampai solat Jum’at berikutnya, puasa Ramadan sampai puasa Ramadaan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi.”
( H.R.Muslim)
Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang
( HR.Bukhary Muslim).

No comments:
Post a Comment